Friday, September 10, 2010

hari ni 2 syawal kan?

       ye...hari ni 2 syawal. tapi seolah2 esok baru kami sekeluarga nak raya betul2. jangan salah faham na.. kami bukan macam kes kat perlis tu yang raya time orang lain tak raya, bukan kami nak buat kajian falak sendiri sampai baru nak raya esok, tapi feel raya tu tak sampai lagi (aiii, atapzink, dah nak masuk 3 syawal, lambat betul feel kamu nak datang!!!) hmm.. pedulikan la raya atapzink, cuma, mari kita dok sat, pikir sat sama2, apa jadi kat Eidulfitri taun ni, sampai banyak sangat kontroversi? dari kes iklan raya, burn quran day, orang hilang, dan termasuk lah kes raya terlebih awal tu... tak ke kita terpikir sesuatu? raya tahun ini macam dah hilang barakahnya....

bro and sister semua ,

   atapzink bukan nak mamandai -mandai nak menghebahkan, raya taun ni macam sikit malang punye taun, bukan, cuma sekadar perkongsian minda, apa jadi dengan umat Islam pada sebulan Ramadhan taun 1431 Hijrah ni? sampaikan hari kemenangan kita sambut dengan 1001 cerita duka? ( puitis pulakk  kamu ni atapzink). mungkin yang tetap happy and riang ria dengan Eidulfitri tanpa ade sikit sensitiviti pun dengan isu2 semasa ni( orang yang sensitivitinya dah terbakar sekali semasa bakar lemang) adalah kanak-kanak dan mak ayah kakak abang kanak-kanak yang memikirkan -"ini bukan masalah aku bro, watpe aku nak kecoh? yang penting raya tetap raya..."

        kalau lah semua orang pikir macam ni, sapa yang nak pikir masalah umat? tok imam tok siak yang dah ol'skool punye umur kat masjid-masjid tu ke? and then bile geng2 ol'skool ni dah meninggalkan kita sume, sapa lagi nak sibuk pasal masalah  tu bro? takkan kita yang nak jadi penerus kehancuran kisah duka tahun ni?  pikir2 la kay.. pape yang salah tegur naa...

No comments:

Post a Comment